Skip to main content

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita TV3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.
 
so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi
VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut?

Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butler, astronomi dari Institut Carnegie di washington mengatakan bahawa mereka menggunakan teleskop canggih untuk menjejaki planet tersebut , namun masih gagal.

Para cendiakawan telah mengamati planet ini dengan suatu bintang yang dikenali sebagai Gliese 581 selama sebelas tahun . bintang tersebutlah menjadi panduan untuk dijadikan orbit bagi menjejaki planet mirip bumi tersebut..Planet ini merupakan planet yang keenam ditemui oleh para pengkaji yang mengeliling Gliese 581. menurut Vogt , dua planet lain dijangka sesuai untuk dihuni namun yg lainya tidak kerana terlalu panas.

Sebelum ini planet kelima yang ditemui juga tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia kerana suhunya terlalu sejuk. Namun planet yg terbaru ditemui ini iaitu planet keenam dalam kajian adalah kelihatan lebih mirip dengan cuaca planet bumi. kemungkinan besarnya bersesuaian dengan hidupan bumi kerana koordinasinya tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dari bintang

Planet ini dinamakan Gliese 581g sempena nama bintang yang menjadi pusat putaran disebut Gliese 581a. Namun, Vogt tidak setuju dengan penamaan planet tersebut kerana nama tersebut tidak bersesuai dengan keadaan planet yang ditemui.beliau lebih suka menamakan planet tersebut sempena nama isterinya Zarmina.

Gliese 581 dianggap "bintang cebol" besarnya hanya satu per tiga dari matahari. Oleh demikian ianya tidak boleh dilihat melalui teleskop dari bumi walaupun menggunakan peralatan teleskop canggih.

Penemuan para astronomi ini telah diumumkan di media Astrophysical Journal dan juga di National science Foundation, Rabu 29 September 2010.


Pakar astronomi di Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa telah menemui sebuah planet yang menyerupai bumi di luar sistem suria. Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. Planet yang dinamakan Gliese 581g itu kononya memiliki saiz dan graviti yang setara seperti bumi. Gliese 581g juga mempunyai permukaan dan kawasan yang berkemungkinan mengandungi cecair (air) menjadikannya sesuai untuk didiami.


Tetapi itu hanyalah satu kemungkinan sahaja sebab 5 pakar yang terlibat dalam penemuan tersebut belum dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak air di planet itu. Mereka hanya membuat andaian berdasarkan kedudukan Planet Gliese 581g yang terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan (zon habitat bintang) yang memiliki suhu tidak terlalu panas atau sejuk bagi membolehkan cecair membentuk lautan, sungai dan tasik.

Planet Gliese 581g berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi dan ia juga dikatakan mengambil masa 37 hari untuk satu putaran penuh mengelilingi satu bintang (dinamakan Gliese 581) yang dianggap seperti matahari. Saiznya didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer. Planet yang digelar sebagai ‘Bumi Baru’ itu bagaimanapun mungkin tidak berputar pada paksinya. Oleh sebab itu satu bahagian pada planet berkenaan akan sentiasa menerima cahaya dari Gliese 581 secara terus menerus (seperti waktu siang) manakala bahagian yang bertentangan selalu gelap (malam). Jadi ia agak berbeza dengan bumi.


Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Mereka berpendapat yang lokasi paling sesuai dihuni pada planet itu adalah sepanjang garis di antara kawasan gelap dan terang (yang dikenali para ahli astronomi sebagai ‘terminator’). Menurut pakar lagi, untuk sampai ke planet Gliese 581g dari bumi, sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di sana.
sumber : kosmo.com.my & http://www.wired.co.uk/news/archive/2010-09/30/gliese-581g



so dari pandangan korang lah kan? korang berminat tak nak tau lebih lanjut tentang planet ni? ihihi.. aku sangat berminat, walaupun tidak terfikir untuk pergi ke planet kembar bumi tu.. yela, kalau ada manusia dapat pergi sana pun? kita yang biasa2 ni boleh ke? hehe.. tapi aku betul2 berminat untuk tahu, benarkah ia ada kehidupan atau sebaliknya.. renung2kan, dan selamat beramal :)

- Dilihat dengan menggunakan teleskop observatorium Eropa Selatan di La Silla Cile.
- Planet ini mengitari bintang merah Gleise 581
- Memiliki kandungan air
- Temperatur dan bentuk belum diketahui pasti
- jarak dari bumi 120 triliun mil

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Seram Sejuk - B2B

Assalammualaikum.. Ya Allah sekarang ni tinggal 9 month Before the Wedding .. Tapi aku, tempat kahwin pun belum confirm.. Banyak kali servay, at the first memang nak ambil yang dekat Bukit Tunku (Idea oleh bapa ku sebab selalu makan kat tugu cafe tu) . Cantik dan very garden wedding, the problem is, orang yang incharge tu nak mengira-ngira harga tempat plus catering semua telah mengambil masa hampir sebulan. Bersirap selasih juga la aku rasa. Dah banyak excuse dia bagi untuk delay kan aku katanya bos outstation. Memang salah aku tak book awal awal, tapi macam pelik pula bertangguh tangguh. Mungkin sebab aku taknak package catering yang dia bagi. Seriously, lari dari budget aku. So, aku hope la dapat sewa tempat nya sahaja, sampai ke harini tiap kali aku call, katanya bos busy, aku ada suruh dia bagi number bos nya itu. Katanya bos suruh dia yang arrange. haish.. Naik benak kepala otak aku sekarang ni. Ayah aku bila dah dengar kateringnya tidak berpatutan, ter...

Hutang?

Assalammualaikum, Lama sangat dah tak post dalam blog sendu ni..  pertama sekali nak luah rasa je berkenaan penghutang dan pemiutang, isu ini bangkit apabila kena pada batang hidung sendiri. Al maklumlah diri sendiripun pernah berhutang. Well as u all know, hutang manusia dengan hutang dengan bank berbeza, dimana jika bank kita ada polisi dimana kalau kita tak bayar sekian sekian waktu, nescaya kau akan di beri amaran dan segalanya. Tetapi berbeza dengan berhutang sesama saudara, andai kata si pemberi hutang tidak halalkan sama sekali, yakni menjawabla kau di sana nnt. andai pula kata si pemberi menghalalkan itu cerita lain. yang menjadi isu sekarang ini adalah, bila penghutang itu meminta hutang dengan orang yang sama memberi hutang, dan orang yang memberi tu pun baik hati beri juga walaupun sudah dinasihatkan untuk tidak memberi, bagilah berjuta alasan or cara.. orang yang memberi tetap beri kalau tak dia akan susah hati. akhirnya si penghutang tidak membayar. lant...