Skip to main content

Seram Sejuk - B2B

Assalammualaikum..

Ya Allah sekarang ni tinggal 9 month Before the Wedding.. Tapi aku, tempat kahwin pun belum confirm.. Banyak kali servay, at the first memang nak ambil yang dekat Bukit Tunku (Idea oleh bapa ku sebab selalu makan kat tugu cafe tu). Cantik dan very garden wedding, the problem is, orang yang incharge tu nak mengira-ngira harga tempat plus catering semua telah mengambil masa hampir sebulan. Bersirap selasih juga la aku rasa. Dah banyak excuse dia bagi untuk delay kan aku katanya bos outstation. Memang salah aku tak book awal awal, tapi macam pelik pula bertangguh tangguh. Mungkin sebab aku taknak package catering yang dia bagi. Seriously, lari dari budget aku. So, aku hope la dapat sewa tempat nya sahaja, sampai ke harini tiap kali aku call, katanya bos busy, aku ada suruh dia bagi number bos nya itu. Katanya bos suruh dia yang arrange. haish.. Naik benak kepala otak aku sekarang ni. Ayah aku bila dah dengar kateringnya tidak berpatutan, terus suruh buat tempat lain. :D

one of the view di bukit tunku Tugu View Cafe.. 
I love this place :'(


Ok, so apa yang menjadikan aku seram sejuk, sebab boleh dikatakan harini aku telah menyalah gunakan telefon office aku untuk menelefon semua dewan dewan dan tempat untuk majlis aku. *Seram weih. Pagi tadi aku nak booking Dewan sejarah, unfortunately, person incharge tak ada. aku tinggalkan contact number, sampai la ni takde feedback. Ada la aku test Power call lepas lunch tadi, tapi tak ada orang pick up pula. Makanya dengan perasaan hiba dan hampa, aku meneruskan pencarian mencari dewan dan hall yang diinginni. Walaupun hati sudah terpaut pada tempat di bukit tunku, tetapi aku relakan jiwa juga mencari tempat lain. Manalah tahu, tempat di bukit tunku yang gah tu dibangga bangga oleh ayah aku tu lebih mahal tanpa katering ke, mau berbuih mulut. Dari aku tunggu benda yang tak tahu jawapan dia. Lebih baik aku servay lain, so, selepas aku servay dan servay call dewan DBKL pun penuh semuanya, akhirnya aku tertarik dengan katering yang kakngah aku pernah guna time majlis bertandang. Memang exclusive and aku kenal benar dengan pekerja pekerja nya. Lantas, aku memberanikan diri untuk call. Dan alhamdulillah, tarikh yang aku nak masih kosong dan boleh digunakan, petang ni juga aku akan pergi sana untuk tengok tempat, cantik dan menarik dan kebetulan hari ini last promosi yang diberi. Rezeki nak kahwin agaknya, terima kasih En Halim, anda sangat ramah dan membuat hati saya kegembiraan. hew hew hew.
 
 

For me memang cantik, tapi tunggu pergi tengok sendiri dulu. hew hew hew..
 
Salah satu contoh dewan Chef Halim.
 
 
So harapan aku, petang ini akan menjadi berita gembira untuk aku dan pasangan.. ecewah.. Tula, berangan sangat nak buat kat tempat gah kan.. bukit tunku konon.. phewwww... :(
 
#tapi kalau tiba tiba harga tempat nya berbaloi mungkin aku akan grab je. kih kih kih
 
 
XoXo - Ain

Comments

  1. tumpang tanya, ok x harga nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ubiebashah, i tak jadi ambil dewan chef halim sbb its out of my budget. hehe.. haritu pergi servay satu kepala dalam 30+ full package.
      my wedding i buat dekat rumah tamu datin halijah dekat sentul, murah for full package and sangat sedap makanan dia. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Legoland Malaysia..

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.. 31 August 2012 , Kita dan seluruh rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Saya amat berbangga menjadi warga Malaysia tanah tumpah darahku. Sedihnya, pada hari kemerdekaan yang ke-55 tahun itu, satu insiden yang agak merepek terjadi, entah, bagi saya, perkara itu memang agak merepek kepada seseorang yang amat mencintai tanah airnya. First berkenaan bendera Malaysia, ada sesetengah pihak nak tukar jalur gemilang kita dengan bendera erk? bendera apa tu ea? saya pun tak sure, warna merah menyala dan.. erm.. entahla, bagi saya sangat tidak relevant dan sangat tak masuk akal. Herm, seriesly.. Malas nak menyemak dengan labu-labu yang tak habis-habis nak jadi perusuh dan perosak. tak tau apa yang dorang tak puas hati sangat, bila negara dah maju, mula lah nak berebut sana sini, nampak sangat gila kuasa, dan dengki sangat. Biarkan mereka, mereka tiada nilai, ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.. ...

kehilangan

Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...