Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

seindah khayalan

ku lihat kegembiraan manusia sekeliling, aman ku rasa, ku tatap keharmonian setiap insan.. kadang ku terfikir, merehatkan otakku untuk berfikir lebih rasional. sesetengah orang yang hidup dengan mengaibkan insan lain.. sangat menarik.. bagaimana dia hidup? senantiasa berlegar-legar dalam kepura-puraan.  kadang nafsu syaitan memaksa aku bertindak luar jangkaan, tapi aku masih mempunyai ramai penenang hati. peneman sejati.. yang bisa meruntuhkan nafsu syaitan itu. hayat sering berpesan pada aku, untuk lebih bersabar, diam bukan bererti kalah.. senyuman lebih penting dari hati yang buruk. mengeluh sendiri.. aku redha, setiap nafas ku, nafas yang baik. sekurang-kurangnya aku tidak dibelenggu hati busuk insan lain. tenang bila difikirkan kembali saat kegemilangan, perit dirasai, bila mengenangkan kisah pahit. apapun, apa yang kita ada sudah memadai dari apa yang tidak. bukan? aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kesabaran. aku tidak suka mengaibkan orang, maaf jika aku p

kawan-kawan KAHWIN..

YESTERDAY~ Adalah hari perkahwinan kawan-kawan ku.. yang dari sekolah sehingga ke politeknik.. Tahniah ye kawan-kawan.. ada juga aku bertanyakan tentang feel mereka.. wah, mereka kata, tiada apa-apa pun.. "tiada feel kah?" Y_______Y' ehe~ i mean, nerves ke.. happy sangat ke.. terlonjak-lonjakke? hihi... tapi bagi kawan-kawan yang sudah melangkah ke alam perkahwinan tu, aku amat berharap mereka akan memulakan satu kehidupan yang lebih baik.. sampai ke anak cucu.. hihi.. walaupun datang dengan hanya salam pengantin dan bye-bye , bagi aku cukup untuk aku happy melihat mereka happy.. weee.. (yer, aku datang teman..) tahniah sekali lagi sahabat, mungkin niat sebenar aku hadir sebab mama pesan "jangan tak datang majlis orang bila orang dah jemput, nanti majlis sendiri takde sape nak datang.." hihi~ bukanlah berniat nak kahwin pada usia muda, tapi sebab terkenangkan mama pesan.. yeee~ tapi bila difikirkan berulang kali lahkan, seronok kalau dapat datang aw

Aku Dan Kamu

melihat, semua gambar, segala cebisan komentar. semua aku ulang berkali-kali.. masa begitu pantas tanpa kita  sedari, manusia datang dan pergi.. kucing juga begitu. :)  aku tersenyum sendiri, ditemani hujan dan kilat sabung menyabung, membuatkan hati lebih terdetik untuk mengimbau masa lalu. lama, keadaan begitu lama.. aku rindu segala-galanya. alhamdulillah, ada yang masih setia, ada juga yang sudah lupa. itu semua takdir.. takdir?yer, aku percaya tentang takdir. semuanya bermula dari Tuhan, dan diakhiri oleh-Nya jua. setiap ayat yang keluar, dari mulut setiap insan, ia juga bermula dari takdir yang telah ditentukan.. insan yang hadir dalam hidup aku, semua nya cukup unik, cukup pahit untuk ditelan, tapi manis untuk di semadikan. ramai sahabat yang sudah berumah tangga, ada yang akan berumah tangga. ada juga yang sudah tiada. hanya al-fatihah dapat kuberikan teman. mungkin kita lupa, aku juga.. bahawa semua ini satu percaturan dunia, kita merancang, ya, kita hanya merancang,tuhan y

suka ambil tahu?

terima kasih sebab peduli?   urp.. entry tu tiada makna apa-apa, saja suka-suka..sebab ramai yang suka complain tentang kehidupan orang lain.. perlu ke? sekarang life dah cerahkan, perlu apa lagi dong??hihi... memang macam-macam nak story, tapi idea hilang bila internet mula memprotes kerja aku.. mungkin aku tidak digalakkan mencaci orang.. owh, maaf semua kawan-kawan..apa yang terjadi semua secara tidak sengaja.. kita hanya merancang, tuhan tentukan~ oh, semalam.. ada najis tak dikenali tersesat singgah blog aku.. eww.. gelila.. jangan la singgah lagi ok? sebab aku tak perlukan kau pun... *mungkin beliau tiada life kot, kesian, hidup terlalu perfect sampai sebok maki orang 24 jam.. yeee :) Mungkin ada musuh? yup, siapa sangka kan? mungkin aku mempunyai ramai musuh.. haha.. siapa tahu? kamu semua ada musuh? musuh dalam selimut? musuh yang berkudis.. makin garu makin sedap? atau musuh yang cuba mengada-ngada.. biasalah perempuan, banyak sangat buat dosa kebasahan~ eh? kalau

Jangan letakkan diri pada tempat yang tinggi, kau mungkin terjatuh nanti.

Sekarang aku berada di office, sangat menyedihkan bila aku rasa seperti tidak mahu lagi bersandiwarakan diri disini.. kui kui kui.. dunia ini luas, aku banyak merantau beberapa hari ini, dengan kerenah sahabat office *yayan yang banyak membawa aku mengenal kawasan-kawasan yang masih mengamalkan budaya kekeluargaan.. hihi.. (yeke?) Dan buat pertama kalinya, aku pergi ke sebuah tempat yang agak pendalaman, DESARU tempat yang memang sesuai untuk semua manusia di muka bumi ini. indah, menakjubkan.. peramah ; itu lah yang sangat sesuai untuk pekerja, pnduduk & manusia yang ada di Desaru.. *walaupun pakcik kedai makan.. hihi, lagu awie & amy search tu memang GEMPAK la bro.. auwwch sempat aku mengambil gambar yang menarik disana dan kenal rapat orang-orang DESARU.. hihi.. jakun? oh.. ada aku segan? tidak sama sekali.. waah.. masa dah tamat.. time to go home and skype with my baby~ <3 Ombaknya menyamankan.. ups, nanti aku letak gambar tempatnya ok.. credit : Nur