Skip to main content

kehilangan

Assalammualaikum,

Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak.

Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum..

Wahai ayah, aku berdosa padamu.
aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati.

kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumus mahukan kami berjaya. kau adalah segalanya ayah. aku tak pernah rasa sesedih begini, sesedih ini..

ketika kau tebujur kaku disitu, aku kesal. tiada kata akhir atau pesan darimu. seakan kau tidak mahu menyusahkan.. ya, tiada apa yang menyusahkan kami.

kau pergi tanpa pesan..

Aku rindu, rindu gurau senda, rindu gaduh manja, rindu setiap saat bersama. walaupun...


the end.

Comments

Popular posts from this blog

sakit itu dari hati

FUCK!

Kucing2!!

Ahad g umah hayat lagi? hahaha..dia nak tunjuk kat aku kebesaran si prince yg mmg besar gedabeng!hihiihi..xlama tu aku n hayat plak g mandikn kasih,yg best tu aku mndikan tp hayat yang kena cakar..habisla tgn dia pnuh cakaran kucing.. hihihi.. haish,mmg kucing2 beliau xmkn saman duh..yg sikecik tu..xhbs2 main..kucing besa pon tatotkan dia..   inila si kaseh yg tak makan saman..dia kejekan princess