Skip to main content

Zaman kanak kanak

Assalammualaikum semua, 

Post kalini bermotifkan zaman kanak kanak aku jer.. sebab tadi aku tershare dengan member se-office aku. Macam aku, kalau terkenang zaman kanak-kanak, memang rasa nak ketawa sampai pengsan. Masa Zaman kanak kanak aku, aku banyak habiskan masa dengan aktiviti yang gile gile. Majority kawan kawan aku semua lelaki.. aku suka main game,

 
tembak tutup botol.. mesti ramai yang suka game ni kan..
  • Softball - kayu hand made ok.. (tangkap sebelah tangan kira sangat hero! ^.^)
  • Carrom - salah satu keseronokan bagi aku!!





Baling selipar - aku suka game ni! baling kuat kuat memang masyuk!
Lastik Cicak - 
(yang selalu orang buat lastik tuk cicak tu, 
letak getah kat dua jari, telunjuk & ibu jari then letak kertas 
tengah tengah, pastu aku lastik orang)

 Main guli atas pasir! pergh.. memang sangat cool!

 
Pistol pakai anak terung sebagai bullet.

So activity time zaman kanak kanak aku selalunya banyak yang mencabar, aku pun tak sure betapa beraninya aku dulu. Panjat pokok maggis, yang memang aku la juaranya! One of my Fev ialah tangkap ikan keli kat parit pastu siang senirik.. Sangat haven..

ni stok sebulan boleh ni! hahahaha!!

'eh bukan kau lahir KL ke ain?' yup, aku memang dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, tetapi, aku dibesarkan dibawah jagaan opah dan atuk. Sangat rindu kenangan bersama mereka. Sebab aku yang paling nakal dan satu satunya cucu kesayangan opah. *ecewah! perasan kau..

Then sekarang, bila tengok cermin, rasanya lain sangat dengan keadaan aku dulu, dulu aku betul betul berjiwa kental. tikus ke lipas ke, katak ke, semua aku bedal. Tapi sekarang, nampak lipas melompat atas bumbung rumah! pergh.. gadis sangat! susah nak percaya perubahan drastik aku. Alhamdulillah, aku masih diterima dimata dunia.. *aik tetibe? hahaha

Gambar yang menjadi hot topik ketika dulu. 
Dulu, aku suka keluarkan kata kata yang orang pun tak percaya sangat aku boleh sebut kata kata semacam tu. And, aku juga berbahasa perak dengan sangat FASIH! ate nak buat rhope mana lagi? hahaha..
Yang menjadi kegemaran aku ialah tidur dengan opah! hehe.. sampai sekolah menengah, tiap kali aku balik dari asrama, aku mesti tidur bawah ketiak opah. Semua tu still lagi dalam ingatan aku. even dah lama arwah opah meninggalkan aku. Y___Y'
Well, disebabkan terlebih manja, arwah atuk pernah buat satu papan gelongsor besar untuk aku bermain. memang best!! aku suka sangat. Tapi disebabkan aku jarang menggelungsur sebab bosan hari hari gelongsor, papan gelongsor tu telah jadi kegemaran ayam ayam bertenggek dan dijadikan tandas free untuk mereka kat situ. *hebat kau ayam!
Then now, bila dah meningkat dewasa, semua tu dah macam satu memori je. permainan zaman kanak kanak, kadang kadang aku rasa macam nak main game baling kasut je ! hehe. haven masa itu. Other thing lagi, aku rasa aku pernah rosakkan barbie milik kakak kakak aku and adik aku. motif? saja suka suka. hahaha.. barbie? erk! Yang menjadi salah satu kejutan tiap kali jumpa kawan lama, mesti mereka tak percaya itu aku, minah selekeh gangster yang suka cari pasal dengan kawan sendiri. Dulu kalau kene puji, bukan main bangga nak rak, pantang kene puji mesti perasan sendiri.. sekarang? kalau kene puji, biasa la ayat "eh mana ada, biasa biasa je, awak lagi cantik" hahaha.. *motif kau ain?

well, this is my life. alhamdulillah, aku masih bernafas :)

p/s : entry ni ada macam perasan sikit ea. hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Seram Sejuk - B2B

Assalammualaikum.. Ya Allah sekarang ni tinggal 9 month Before the Wedding .. Tapi aku, tempat kahwin pun belum confirm.. Banyak kali servay, at the first memang nak ambil yang dekat Bukit Tunku (Idea oleh bapa ku sebab selalu makan kat tugu cafe tu) . Cantik dan very garden wedding, the problem is, orang yang incharge tu nak mengira-ngira harga tempat plus catering semua telah mengambil masa hampir sebulan. Bersirap selasih juga la aku rasa. Dah banyak excuse dia bagi untuk delay kan aku katanya bos outstation. Memang salah aku tak book awal awal, tapi macam pelik pula bertangguh tangguh. Mungkin sebab aku taknak package catering yang dia bagi. Seriously, lari dari budget aku. So, aku hope la dapat sewa tempat nya sahaja, sampai ke harini tiap kali aku call, katanya bos busy, aku ada suruh dia bagi number bos nya itu. Katanya bos suruh dia yang arrange. haish.. Naik benak kepala otak aku sekarang ni. Ayah aku bila dah dengar kateringnya tidak berpatutan, ter...

Hutang?

Assalammualaikum, Lama sangat dah tak post dalam blog sendu ni..  pertama sekali nak luah rasa je berkenaan penghutang dan pemiutang, isu ini bangkit apabila kena pada batang hidung sendiri. Al maklumlah diri sendiripun pernah berhutang. Well as u all know, hutang manusia dengan hutang dengan bank berbeza, dimana jika bank kita ada polisi dimana kalau kita tak bayar sekian sekian waktu, nescaya kau akan di beri amaran dan segalanya. Tetapi berbeza dengan berhutang sesama saudara, andai kata si pemberi hutang tidak halalkan sama sekali, yakni menjawabla kau di sana nnt. andai pula kata si pemberi menghalalkan itu cerita lain. yang menjadi isu sekarang ini adalah, bila penghutang itu meminta hutang dengan orang yang sama memberi hutang, dan orang yang memberi tu pun baik hati beri juga walaupun sudah dinasihatkan untuk tidak memberi, bagilah berjuta alasan or cara.. orang yang memberi tetap beri kalau tak dia akan susah hati. akhirnya si penghutang tidak membayar. lant...