Skip to main content

Simple Hot Eyes Make up

Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia..

Actually sangat sangat excited nak cerita pasal raya. unfortunately, hasrat itu terkubur sebentar dan akan di post nanti disebabkan terlampau teruja tentang something yang new tak new pada aku. haha.. hey, its time to grow up again!

Semalam, aku dan june telah menyelinap ke serata one utama ni untuk mencari sesuatu yang lelaki sejati tak tahu. *yeke? its a Make up!! 
Entahlah, tiba tiba inspirasi untuk memajukan bidang ke make-up-pan membuak-buak dalam diri. nak kata bershoping sangat.. ofcoz tidak! haha.. kami cuma menyemakkan Elianto tu sampai lebam dan tereng teng teng.. SALE ok! hah kau..beli lah apa lagi..

So, beli punya beli, and TODAY i dah pakai okeh.. hahaha... dan inspirasi terbaru tu aku nak share dengan u'olls semua, even sebenarnya aku pun ciplak dari sekian-sekian alam. Be the best among the best yaw!

Let get it started..

langkah pertama ; ratakan warna asas yang sesuai di atas kelopak mata.

  1. Gunakan berus muncung pangjang/eyeliner untuk bentukkan garisan dari sudut tepi.
  2. Ratakan warna coklat pekat dengan berus atau jari di hujung kelopak mata dan lukis garisan pada kelopak mata tersebut.
  3. Sapukan Coklat cerah pada tengah mata, sebolehnya yang ber gliter sikit baru bersesuaian.
  4. Ratakan kesemua warna menggunakan berus besar.
  5. Sapukan warna coklat di bawah mata untuk kesan yang lebih menarik.


Jangan lupa jarak antara kening dan mata, sesuaikan dengan sedikit compact powder cerah di atas mata tersebut untuk kesan yang lebih baik.. Ia supaya tak nampak kesan lebam kene tumbuk nyer pun..

 dan ini lah hasilnyaaa.. taraa..
 Heehe. hidung nak besaw jer! hahaks..

 For me... its so natural!

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Legoland Malaysia..

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.. 31 August 2012 , Kita dan seluruh rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Saya amat berbangga menjadi warga Malaysia tanah tumpah darahku. Sedihnya, pada hari kemerdekaan yang ke-55 tahun itu, satu insiden yang agak merepek terjadi, entah, bagi saya, perkara itu memang agak merepek kepada seseorang yang amat mencintai tanah airnya. First berkenaan bendera Malaysia, ada sesetengah pihak nak tukar jalur gemilang kita dengan bendera erk? bendera apa tu ea? saya pun tak sure, warna merah menyala dan.. erm.. entahla, bagi saya sangat tidak relevant dan sangat tak masuk akal. Herm, seriesly.. Malas nak menyemak dengan labu-labu yang tak habis-habis nak jadi perusuh dan perosak. tak tau apa yang dorang tak puas hati sangat, bila negara dah maju, mula lah nak berebut sana sini, nampak sangat gila kuasa, dan dengki sangat. Biarkan mereka, mereka tiada nilai, ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.. ...

kehilangan

Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...