Skip to main content

Nafsu dibulan ramadhan

Pertama sekali saya nak mengucapkan salam ramadhan kepada semua sahabat yang jauh atau yang dekat, yang ada atau yang sudah tiada. Suasana ramadhan tahun ini seperti biasa, sesak dengan bazar ramadhan, nak pula bazar ramadhan di tempat aku memang sebelah rumahje, keluar-keluar rumah ada bazar ramadhan.. cayalah! ahah..


Ontheway home from OU damansara..

abe we marah dahh... aiyok!!
So nak dijadikan cerita kemarin aku balik dengan abang aku, dan dia ambil aku lebih kurang pukul 5.15pm macam tu, apa lagi, suasana jam yang tanpa roti disisi, sangat tensi sedikit. Kalau mengadap jam memang memeritkan, walaupun bukan aku yang memandu. hahahah.. Sedang berhadapan dengan jam pula, lori dan bus tau je lah perangai depa, mentang-mentang hangpa bawak kenderaan besaq, hang ingat kami tak bayar cukai jalan kaa? hehehe.. abang aku hampir naik angin dengan sebuah lori yang sangat-sangat tak perihatin. adoiyai.. aku tak tahu la kalau aku tak ada kat tempat kejadian, kemungkinan abang aku berenti kereta dan berlakunya pertentangan mata yang tajam.
Skip kejadian berkenaan, kerana tak ada apa pun jadi selepas tu, sesampai je jalan nak masuk gombak, jalan mula sesak, kereta berlumba-lumba potong Q, R, S, T, U semua ada. Nak pula time tu kitorang sampai betul-betul masa budak sekolah balik. lagi lah sesak. sesesak-sesaknya.
Lastly, kami ikut jalan shortkat jer.. selamat tinggal kereta-kereta lain. dinasihatkan disini kepada pemandu-pemandu tegar, bawak bersabar bila bawak kereta tu. angin memang angin bila terjadinya sesuatu yang kita tak suka. ye tak?

tak jalan kete tu.. huish
renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Legoland Malaysia..

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.. 31 August 2012 , Kita dan seluruh rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Saya amat berbangga menjadi warga Malaysia tanah tumpah darahku. Sedihnya, pada hari kemerdekaan yang ke-55 tahun itu, satu insiden yang agak merepek terjadi, entah, bagi saya, perkara itu memang agak merepek kepada seseorang yang amat mencintai tanah airnya. First berkenaan bendera Malaysia, ada sesetengah pihak nak tukar jalur gemilang kita dengan bendera erk? bendera apa tu ea? saya pun tak sure, warna merah menyala dan.. erm.. entahla, bagi saya sangat tidak relevant dan sangat tak masuk akal. Herm, seriesly.. Malas nak menyemak dengan labu-labu yang tak habis-habis nak jadi perusuh dan perosak. tak tau apa yang dorang tak puas hati sangat, bila negara dah maju, mula lah nak berebut sana sini, nampak sangat gila kuasa, dan dengki sangat. Biarkan mereka, mereka tiada nilai, ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.. ...

kehilangan

Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...