Skip to main content

Y_____Y


because i think no one can be my best sharing stories other than my blog. hm..

Macam ada sesuatu terjadi tapi aku sendiri tidak pasti apa.. kelakar pun ada sebab terlalu sensitif.. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya perasaan aku sekarangni.. bukan nak mengiakan, tapi pelik.. mungkin  selamani tiada seorang teman pun yang mampu memberi dorongan dan pandangan sejujurnya tentang apa jua keadaan yang aku alami..

Lonely?? owh tidak, aku tidak pernah bersendirian, sentiasa ada insan yang sungguh istimewa di sekelilingku.. mungkin bagi aku tidak cukup sekadar menjadi insan yang sentiasa bercerita tentang kehidupan mereka, sedangkan aku terkapai-kapai mencari jalan sendiri..

mungkin aku sendiri yang tidak cuba meluahkan.. tidak, bukan semua orang boleh menerima kisah aku, dan bukan semua insan boleh memahami penceritaan itu.. luluh, aku sungguh pasrah sekarangni, tidak tahu mana silap aku.. apa yang aku buat sehingga mencetuskan kemarahan seseorang, maaf seribu kali maaf...

aku bukan seorang penulis indah, aku hanya ingin meluahkan, haritu team aku menang tournament di segambut tempat ketiga, teringin juga untuk aku share keseronokan, tapi entahla, lebih ramai yang memperlekehkannya. takpe, itu satu cabaran untuk aku melangkah lebih jauh. banyak yang ingin aku luahkan, dari gembira ke sedih.. maaf sekali lagi..

atau mungkin suatu hari nanti bila aku sudah tiada, baru insan sekeliling aku memahami apa yang aku cuba luahkan.. tidak, mungkin tidak.. aku sayang semua insan yang hadir dalam hidup aku, my family, my hubby, my friends, my cousin, my pet and all the people! aku bukan seorang pendendam atau pembenci..

atau mungkin aku tidak se'emo' ini jika ada insan sudi mendengar kisah hidup aku..

sudah, tak mau nak emo sangat ye nurul ain... mai imbas kisah gembira hang.. mesti kau gembira balik.. yang dah lepas biarkan pergi.. mungkin benar, tidak semua cerita boleh didengar pencerita lain.. atau mungkin kau yang kena memahami orang daripada orang memahami kau.. huhu.. #nota busuk untuk diri sendiri..choi!


Mungkin ini semua satu ujian untuk aku meneruskan kehidupan..

Assalammualaikum

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

kehilangan

Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...

Seram Sejuk - B2B

Assalammualaikum.. Ya Allah sekarang ni tinggal 9 month Before the Wedding .. Tapi aku, tempat kahwin pun belum confirm.. Banyak kali servay, at the first memang nak ambil yang dekat Bukit Tunku (Idea oleh bapa ku sebab selalu makan kat tugu cafe tu) . Cantik dan very garden wedding, the problem is, orang yang incharge tu nak mengira-ngira harga tempat plus catering semua telah mengambil masa hampir sebulan. Bersirap selasih juga la aku rasa. Dah banyak excuse dia bagi untuk delay kan aku katanya bos outstation. Memang salah aku tak book awal awal, tapi macam pelik pula bertangguh tangguh. Mungkin sebab aku taknak package catering yang dia bagi. Seriously, lari dari budget aku. So, aku hope la dapat sewa tempat nya sahaja, sampai ke harini tiap kali aku call, katanya bos busy, aku ada suruh dia bagi number bos nya itu. Katanya bos suruh dia yang arrange. haish.. Naik benak kepala otak aku sekarang ni. Ayah aku bila dah dengar kateringnya tidak berpatutan, ter...