terkadang manusia macam ini, sering berpendapat tentang setiap silapnya adalah rahsia dunia, tiada siapa boleh mengetahui, biarpun ia hanya sekecil semut api. kalau diberi peluang, mata lembu juga sanggup ditelan.. jika difikir balik, manusia tidak mungkin ada semua perkara. (nobody perfect)
difikir pasal kesilapan silam, aku mengaku aku tidak sebaik nabi. aku juga tidak setinggi manusia hebat. mereka sungguh hebat untuk memperkatakan tentang orang lain. untuk mengiyakan yang tidak.. hidup memang membebankan jika kita sering bersikap tidak peduli. dalam masa yang sama terlebih mengalah.. kalau hidup asyik menyalahkan orang sekeliling, lebih baik pergi mati. tapi tolong jangan bunuh diri.. bunuh diri adalah dosa besar. pertuturan adalah satu sebab kenapa kita sering mati akal. kerana mulut. mati semua jiwa. kerana nada. mati semua hati yang suka.. semuanya bertukar duka yang memeritkan. hidup bukan hanya untuk melihat kesalahan orang lain.
maafkan aku, walaupun aku tetap tidak mengerti.. tapi hidup aku terasa bahagia sedikit demi sedikit.
terima kasih semua..
Comments
Post a Comment