Skip to main content

seindah khayalan

ku lihat kegembiraan manusia sekeliling, aman ku rasa,
ku tatap keharmonian setiap insan..
kadang ku terfikir, merehatkan otakku untuk berfikir lebih rasional.
sesetengah orang yang hidup dengan mengaibkan insan lain..
sangat menarik..
bagaimana dia hidup?
senantiasa berlegar-legar dalam kepura-puraan. 

kadang nafsu syaitan memaksa aku bertindak luar jangkaan,
tapi aku masih mempunyai ramai penenang hati.
peneman sejati.. yang bisa meruntuhkan nafsu syaitan itu.
hayat sering berpesan pada aku, untuk lebih bersabar,
diam bukan bererti kalah..
senyuman lebih penting dari hati yang buruk.

mengeluh sendiri..
aku redha, setiap nafas ku, nafas yang baik.
sekurang-kurangnya aku tidak dibelenggu hati busuk insan lain.
tenang bila difikirkan kembali saat kegemilangan,
perit dirasai, bila mengenangkan kisah pahit.

apapun,
apa yang kita ada sudah memadai dari apa yang tidak. bukan?
aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kesabaran.
aku tidak suka mengaibkan orang,
maaf jika aku pernah, sejujurnya, aku tidak berniat.
walaupun insan itu musuh ketat aku..
walaupun aku lagi buruk dari apapun.

hidup lebih indah jika kita memikirkan tentang perjalanan hidup kita
bukan untuk menghancurkan insan lain.
past is past, masa depan adalah satu harapan
aku tidak berani menyesal, tidak sesekali menyesal.
apa yang aku sisipkan,
tiada makna yang bisa menusuk dada sesiapa
jika kau terasa, maafkan aku.

kita insan biasa, tidak lari dari mala petaka~

cebisan kata-kata dari sang penanti.
assalammualaikum

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Legoland Malaysia..

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.. 31 August 2012 , Kita dan seluruh rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Saya amat berbangga menjadi warga Malaysia tanah tumpah darahku. Sedihnya, pada hari kemerdekaan yang ke-55 tahun itu, satu insiden yang agak merepek terjadi, entah, bagi saya, perkara itu memang agak merepek kepada seseorang yang amat mencintai tanah airnya. First berkenaan bendera Malaysia, ada sesetengah pihak nak tukar jalur gemilang kita dengan bendera erk? bendera apa tu ea? saya pun tak sure, warna merah menyala dan.. erm.. entahla, bagi saya sangat tidak relevant dan sangat tak masuk akal. Herm, seriesly.. Malas nak menyemak dengan labu-labu yang tak habis-habis nak jadi perusuh dan perosak. tak tau apa yang dorang tak puas hati sangat, bila negara dah maju, mula lah nak berebut sana sini, nampak sangat gila kuasa, dan dengki sangat. Biarkan mereka, mereka tiada nilai, ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.. ...

kehilangan

Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...