Skip to main content

Aku Dan Kamu

melihat, semua gambar, segala cebisan komentar. semua aku ulang berkali-kali.. masa begitu pantas tanpa kita  sedari, manusia datang dan pergi.. kucing juga begitu. :) 

aku tersenyum sendiri, ditemani hujan dan kilat sabung menyabung, membuatkan hati lebih terdetik untuk mengimbau masa lalu. lama, keadaan begitu lama.. aku rindu segala-galanya. alhamdulillah, ada yang masih setia, ada juga yang sudah lupa. itu semua takdir.. takdir?yer, aku percaya tentang takdir. semuanya bermula dari Tuhan, dan diakhiri oleh-Nya jua. setiap ayat yang keluar, dari mulut setiap insan, ia juga bermula dari takdir yang telah ditentukan..

insan yang hadir dalam hidup aku, semua nya cukup unik, cukup pahit untuk ditelan, tapi manis untuk di semadikan. ramai sahabat yang sudah berumah tangga, ada yang akan berumah tangga. ada juga yang sudah tiada. hanya al-fatihah dapat kuberikan teman. mungkin kita lupa, aku juga.. bahawa semua ini satu percaturan dunia, kita merancang, ya, kita hanya merancang,tuhan yang akan menentukan. dan tanpa usaha, kita tidak akan dapat hasilnya. apa yang kita lakukan, disebabkan diri kita sendiri. bangun, bangkit, bahkan tidur. tiada yang menghalang, tiada yang memaksa. (walau dipaksa tidur tapi mata masih tidak lelap.) itu semua kehendak Tuhan. andainya hidup tiada erti kehidupan, kita tidak akan ada dimuka bumi ini.

there a wisdom behind the creation~~
ada hikmah disebalik kejadian~~

aku bukan penulis yang bisa mencoret sebuah kata-kata yang panjang, juga bukan sang pencerita, apa aku tulis, atas hati aku untuk mengungkapkan sesuatu, satu masa nanti, akan ada insan yang membuka blog aku dan bertanya tentang hidup aku. ya, semua aku sematkan di dalam blog usang tak usang ini. untuk ku buka suatu hari nanti. semuanya akan kuimbas, dengan satu senyuman, penuh keikhlasan. itu satu doa dari ku.
kerana setiap yang buruk datang dari aku, yang baik semuanya dari Tuhan yang satu.


imbas kembali semuanya. kenangan kita.. suka atau tidak.. maafkan aku..
jika ada yang aku tidak selitkan.bukan bermakna aku lupa.
maybe the connection lost..
MAAF





  Kamikaze
Luhur

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

( korus )
Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

( ulang korus )

Menjadi satu kenangan yang abadi

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Legoland Malaysia..

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.. 31 August 2012 , Kita dan seluruh rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Saya amat berbangga menjadi warga Malaysia tanah tumpah darahku. Sedihnya, pada hari kemerdekaan yang ke-55 tahun itu, satu insiden yang agak merepek terjadi, entah, bagi saya, perkara itu memang agak merepek kepada seseorang yang amat mencintai tanah airnya. First berkenaan bendera Malaysia, ada sesetengah pihak nak tukar jalur gemilang kita dengan bendera erk? bendera apa tu ea? saya pun tak sure, warna merah menyala dan.. erm.. entahla, bagi saya sangat tidak relevant dan sangat tak masuk akal. Herm, seriesly.. Malas nak menyemak dengan labu-labu yang tak habis-habis nak jadi perusuh dan perosak. tak tau apa yang dorang tak puas hati sangat, bila negara dah maju, mula lah nak berebut sana sini, nampak sangat gila kuasa, dan dengki sangat. Biarkan mereka, mereka tiada nilai, ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.. ...

kehilangan

Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...