Skip to main content

Makluk asing

-note : cerita ini dah hang.. gambar semua dah lesap!

wujudke UFO kt duniani yg slalu ada kt tb tu? atau kejadian alam yg diciptakan oleh Allah..adeke makhluk lain selain yang kita tau?hm.. semua ni jadi tnda tnya..semua nya benar atau palsu? ataupon bnda tu cme objekje..xdepon alienke ape?hm.. wallahualam.. 

Daripada misteri Area 51 di Tasik Papoose, Nevada, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan menjadi markas makmal penyelidikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengkaji kapal angkasa dan makhluk asing, hinggalah laporan penemuan terbaru UFO seperti yang berlaku di St Athan, berhampiran Cardiff, United Kingdom (UK), baru-baru ini, kedua-dua entiti ini ‘menakluki’ pemikiran manusia. 

Di Malaysia, laporan penemuan beberapa objek UFO seperti di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada 1995 misalnya, jelas mencetus fenomena. Asia yang dikatakan jarang ‘dilawati’ UFO berbanding negara lain seperti di Eropah dan AS, tidak terlepas terkena tempias dan penangan makhluk hijau ini. Apakah UFO benar-benar wujud? Adakah mereka juga makhluk Tuhan seperti manusia?  

Fakta - UFO yg penah singgah kt malaysia.. 10 april 2009 ; terbaru..pg td di surat khabar kosmo.. DUA cahaya misteri (dalam bulatan) yang dirakam oleh Zamri di Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.  

JOHOR BAHRU - Objek terbang tidak dikenali (UFO) muncul di Johor Bahru? Seorang pereka grafik, Mohd. Zamri Zain, 30, mendakwa melihat objek bercahaya seakan-akan UFO berlegar-legar di ruang udara di Taman Dato' Onn, Larkin di sini bermula pukul 10 malam kelmarin.
Menurut Zamri, objek tersebut dikatakan boleh dilihat di ruang udara beberapa jam sebelum ia hilang diliputi awan.Katanya, objek bercahaya tersebut sebelum ini didakwa pernah muncul beberapa kali sejak awal bulan Mac lalu dan ia disedari oleh abangnya, Zaid Zain, 43. "Selama ini saya hanya mendengar cerita daripada abang saya, tetapi bila saya lihat sendiri malam tadi (semalam) saya terpegun."Terdapat dua objek bercahaya dan salah satunya bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri," katanya yang datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.Zamri memberitahu, beliau telah merakam beberapa 'aksi' pergerakan objek bercahaya tersebut melalui kamera digital miliknya. "Saya yakin objek bercahaya itu bukan disebabkan oleh laser lampu atau pantulan cahaya dari kapal terbang mahupun pesawat."Ini kerana jika objek bercahaya itu adalah cahaya laser lampu ia tidak mungkin boleh dilihat ketika awan meliputi langit," katanya.

2 Januari 1979 : Foto ini diambil oleh seorang anggota Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) pada pukul 6.15 petang di Butterworth, Pulau Pinang. Objek tersebut dikatakan bersinar terang berwarna oren dan terdapat beberapa buah tingkap di tepi badannya. (Gambar ini disiarkan di akhbar NST ketika itu)

Oktober 1995: penduduk di Tanjung Sepat Banting, Selangor, mendakwa melihat tiga objek UFO empat kali sebulan.

14 Januari 1996: sekumpulan peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis, Johor, gempar melihat sejenis objek di angkasa berbentuk kipas angin mengeluarkan cahaya terang.

21 Februari 1996: penduduk Kampung Parit Awang, Yong Peng, Johor, mendakwa melihat objek bercahaya di ruang udara kira-kira jam 11.30 malam.

26 Mei 1999: seorang penduduk melihat objek bercahaya kebiru-biruan di udara dan cuba mendarat di Gunung Baling.

6 Mac 2000: kira-kira 1,000 penduduk Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan gempar dengan dakwaan bahawa satu objek mendarat di kawasan tanah lapang berpaya, di kampung itu pada jam 3pagi.

22 Oktober 2000: penduduk Taman Cheras Utama Kuala Lumpur, selesai menunaikan solat Subuh gempar melihat dua objek berputar di angkasa yang mengeluarkan cahaya selama setengah jam.

15 Mei 2004: penduduk di Teluk Kemang, Port Dickson dan Rantau, turut melihat dua objek bujur bercahaya kehijauan menyerupai UFO berlegar di udara. 

17 Sep 2005: Foto ini diambil oleh seorang lelaki bernama Aiman di Kampung Pumah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang. Foto ini adalah daripada filem kamera beliau dan telah disahkan tidak diubahsuai - gambar sebenar (Gambar ini disiarkan di akhbar Harian Metro)Wanita dakwa rakam gambar UFOGAMBAR ini dirakamkan oleh seorang wanita yang mendakwanya objek terbang tidak dikenali (UFO).

ABERYSTWYTH - Beberapa gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berjaya dirakamkan oleh seorang wanita, Sonja Lewis mungkin dapat mengubah pendirian mereka yang skeptikal mengenai kewujudan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambar itu menunjukkan dengan jelas sebuah piring terbang sedang berada di ruang angkasa muara Dyfi berdekatan bandar Aberystwyth, Wales pada 28 Disember lalu."UFO itu sungguh cantik. Saya tidak pernah melihat objek seperti itu," kata Lewis.Piring terbang itu berlegar-legar di ruang udara selama 45 minit sebelum hilang daripada pandangan wanita itu.Ketika ditanya mengenainya, beberapa pakar kaji cuaca menyatakan rakaman itu bukan UFO, sebaliknya sejenis awan yang terbentuk ketika udara bergerak ke kawasan pergunungan.Bagaimanapun, kenyataan mereka gagal melemahkan kepercayaan 78 peratus rakyat Britain yang percaya terdapat kehidupan lain di alam semesta ini selain manusia.Dalam satu tinjauan melibatkan 3,000 orang baru-baru ini, lebih 35 peratus responden percaya insiden bilah kincir angin patah di Lincolnshire baru-baru ini adalah kerana dilanggar UFO. - Agensi

awan ker.. .ufo nih!!! confius..macam awanjekan?kan kan..hehee..ni jer yg aku jumpe..mls cr ag..apepon xtaula bnda tu btl2 wujud or x..kn?hehe..semuanya dijadikan oleh tuhan tu bersebab,mungkin benar atau mungkin tak.. hehe..Adios AiN

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Seram Sejuk - B2B

Assalammualaikum.. Ya Allah sekarang ni tinggal 9 month Before the Wedding .. Tapi aku, tempat kahwin pun belum confirm.. Banyak kali servay, at the first memang nak ambil yang dekat Bukit Tunku (Idea oleh bapa ku sebab selalu makan kat tugu cafe tu) . Cantik dan very garden wedding, the problem is, orang yang incharge tu nak mengira-ngira harga tempat plus catering semua telah mengambil masa hampir sebulan. Bersirap selasih juga la aku rasa. Dah banyak excuse dia bagi untuk delay kan aku katanya bos outstation. Memang salah aku tak book awal awal, tapi macam pelik pula bertangguh tangguh. Mungkin sebab aku taknak package catering yang dia bagi. Seriously, lari dari budget aku. So, aku hope la dapat sewa tempat nya sahaja, sampai ke harini tiap kali aku call, katanya bos busy, aku ada suruh dia bagi number bos nya itu. Katanya bos suruh dia yang arrange. haish.. Naik benak kepala otak aku sekarang ni. Ayah aku bila dah dengar kateringnya tidak berpatutan, ter...

Hutang?

Assalammualaikum, Lama sangat dah tak post dalam blog sendu ni..  pertama sekali nak luah rasa je berkenaan penghutang dan pemiutang, isu ini bangkit apabila kena pada batang hidung sendiri. Al maklumlah diri sendiripun pernah berhutang. Well as u all know, hutang manusia dengan hutang dengan bank berbeza, dimana jika bank kita ada polisi dimana kalau kita tak bayar sekian sekian waktu, nescaya kau akan di beri amaran dan segalanya. Tetapi berbeza dengan berhutang sesama saudara, andai kata si pemberi hutang tidak halalkan sama sekali, yakni menjawabla kau di sana nnt. andai pula kata si pemberi menghalalkan itu cerita lain. yang menjadi isu sekarang ini adalah, bila penghutang itu meminta hutang dengan orang yang sama memberi hutang, dan orang yang memberi tu pun baik hati beri juga walaupun sudah dinasihatkan untuk tidak memberi, bagilah berjuta alasan or cara.. orang yang memberi tetap beri kalau tak dia akan susah hati. akhirnya si penghutang tidak membayar. lant...