Skip to main content

Zaman kanak kanak

Assalammualaikum semua, 

Post kalini bermotifkan zaman kanak kanak aku jer.. sebab tadi aku tershare dengan member se-office aku. Macam aku, kalau terkenang zaman kanak-kanak, memang rasa nak ketawa sampai pengsan. Masa Zaman kanak kanak aku, aku banyak habiskan masa dengan aktiviti yang gile gile. Majority kawan kawan aku semua lelaki.. aku suka main game,

 
tembak tutup botol.. mesti ramai yang suka game ni kan..
  • Softball - kayu hand made ok.. (tangkap sebelah tangan kira sangat hero! ^.^)
  • Carrom - salah satu keseronokan bagi aku!!





Baling selipar - aku suka game ni! baling kuat kuat memang masyuk!
Lastik Cicak - 
(yang selalu orang buat lastik tuk cicak tu, 
letak getah kat dua jari, telunjuk & ibu jari then letak kertas 
tengah tengah, pastu aku lastik orang)

 Main guli atas pasir! pergh.. memang sangat cool!

 
Pistol pakai anak terung sebagai bullet.

So activity time zaman kanak kanak aku selalunya banyak yang mencabar, aku pun tak sure betapa beraninya aku dulu. Panjat pokok maggis, yang memang aku la juaranya! One of my Fev ialah tangkap ikan keli kat parit pastu siang senirik.. Sangat haven..

ni stok sebulan boleh ni! hahahaha!!

'eh bukan kau lahir KL ke ain?' yup, aku memang dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, tetapi, aku dibesarkan dibawah jagaan opah dan atuk. Sangat rindu kenangan bersama mereka. Sebab aku yang paling nakal dan satu satunya cucu kesayangan opah. *ecewah! perasan kau..

Then sekarang, bila tengok cermin, rasanya lain sangat dengan keadaan aku dulu, dulu aku betul betul berjiwa kental. tikus ke lipas ke, katak ke, semua aku bedal. Tapi sekarang, nampak lipas melompat atas bumbung rumah! pergh.. gadis sangat! susah nak percaya perubahan drastik aku. Alhamdulillah, aku masih diterima dimata dunia.. *aik tetibe? hahaha

Gambar yang menjadi hot topik ketika dulu. 
Dulu, aku suka keluarkan kata kata yang orang pun tak percaya sangat aku boleh sebut kata kata semacam tu. And, aku juga berbahasa perak dengan sangat FASIH! ate nak buat rhope mana lagi? hahaha..
Yang menjadi kegemaran aku ialah tidur dengan opah! hehe.. sampai sekolah menengah, tiap kali aku balik dari asrama, aku mesti tidur bawah ketiak opah. Semua tu still lagi dalam ingatan aku. even dah lama arwah opah meninggalkan aku. Y___Y'
Well, disebabkan terlebih manja, arwah atuk pernah buat satu papan gelongsor besar untuk aku bermain. memang best!! aku suka sangat. Tapi disebabkan aku jarang menggelungsur sebab bosan hari hari gelongsor, papan gelongsor tu telah jadi kegemaran ayam ayam bertenggek dan dijadikan tandas free untuk mereka kat situ. *hebat kau ayam!
Then now, bila dah meningkat dewasa, semua tu dah macam satu memori je. permainan zaman kanak kanak, kadang kadang aku rasa macam nak main game baling kasut je ! hehe. haven masa itu. Other thing lagi, aku rasa aku pernah rosakkan barbie milik kakak kakak aku and adik aku. motif? saja suka suka. hahaha.. barbie? erk! Yang menjadi salah satu kejutan tiap kali jumpa kawan lama, mesti mereka tak percaya itu aku, minah selekeh gangster yang suka cari pasal dengan kawan sendiri. Dulu kalau kene puji, bukan main bangga nak rak, pantang kene puji mesti perasan sendiri.. sekarang? kalau kene puji, biasa la ayat "eh mana ada, biasa biasa je, awak lagi cantik" hahaha.. *motif kau ain?

well, this is my life. alhamdulillah, aku masih bernafas :)

p/s : entry ni ada macam perasan sikit ea. hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita T V 3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.   so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut? Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butl...