Assalammualaikum..
Ya Allah sekarang ni tinggal 9 month Before the Wedding.. Tapi aku, tempat kahwin pun belum confirm.. Banyak kali servay, at the first memang nak ambil yang dekat Bukit Tunku (Idea oleh bapa ku sebab selalu makan kat tugu cafe tu). Cantik dan very garden wedding, the problem is, orang yang incharge tu nak mengira-ngira harga tempat plus catering semua telah mengambil masa hampir sebulan. Bersirap selasih juga la aku rasa. Dah banyak excuse dia bagi untuk delay kan aku katanya bos outstation. Memang salah aku tak book awal awal, tapi macam pelik pula bertangguh tangguh. Mungkin sebab aku taknak package catering yang dia bagi. Seriously, lari dari budget aku. So, aku hope la dapat sewa tempat nya sahaja, sampai ke harini tiap kali aku call, katanya bos busy, aku ada suruh dia bagi number bos nya itu. Katanya bos suruh dia yang arrange. haish.. Naik benak kepala otak aku sekarang ni. Ayah aku bila dah dengar kateringnya tidak berpatutan, terus suruh buat tempat lain. :D
one of the view di bukit tunku Tugu View Cafe..
I love this place :'(
Ok, so apa yang menjadikan aku seram sejuk, sebab boleh dikatakan harini aku telah menyalah gunakan telefon office aku untuk menelefon semua dewan dewan dan tempat untuk majlis aku. *Seram weih. Pagi tadi aku nak booking Dewan sejarah, unfortunately, person incharge tak ada. aku tinggalkan contact number, sampai la ni takde feedback. Ada la aku test Power call lepas lunch tadi, tapi tak ada orang pick up pula. Makanya dengan perasaan hiba dan hampa, aku meneruskan pencarian mencari dewan dan hall yang diinginni. Walaupun hati sudah terpaut pada tempat di bukit tunku, tetapi aku relakan jiwa juga mencari tempat lain. Manalah tahu, tempat di bukit tunku yang gah tu dibangga bangga oleh ayah aku tu lebih mahal tanpa katering ke, mau berbuih mulut. Dari aku tunggu benda yang tak tahu jawapan dia. Lebih baik aku servay lain, so, selepas aku servay dan servay call dewan DBKL pun penuh semuanya, akhirnya aku tertarik dengan katering yang kakngah aku pernah guna time majlis bertandang. Memang exclusive and aku kenal benar dengan pekerja pekerja nya. Lantas, aku memberanikan diri untuk call. Dan alhamdulillah, tarikh yang aku nak masih kosong dan boleh digunakan, petang ni juga aku akan pergi sana untuk tengok tempat, cantik dan menarik dan kebetulan hari ini last promosi yang diberi. Rezeki nak kahwin agaknya, terima kasih En Halim, anda sangat ramah dan membuat hati saya kegembiraan. hew hew hew.
For me memang cantik, tapi tunggu pergi tengok sendiri dulu. hew hew hew..
Salah satu contoh dewan Chef Halim.
So harapan aku, petang ini akan menjadi berita gembira untuk aku dan pasangan.. ecewah.. Tula, berangan sangat nak buat kat tempat gah kan.. bukit tunku konon.. phewwww... :(
#tapi kalau tiba tiba harga tempat nya berbaloi mungkin aku akan grab je. kih kih kih
XoXo - Ain
tumpang tanya, ok x harga nye?
ReplyDeletehi ubiebashah, i tak jadi ambil dewan chef halim sbb its out of my budget. hehe.. haritu pergi servay satu kepala dalam 30+ full package.
Deletemy wedding i buat dekat rumah tamu datin halijah dekat sentul, murah for full package and sangat sedap makanan dia. :)