Assalammualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia..
Harini hampir setengah bulan kita beraya.. apa cerita raya anda. eceh... Cerita raya saya tahunni agak meriah dengan Gambar yang dipenuhi wajah saya jer. bukan takde gambar insan yang lain.. Tapi sebab masing masing dah ada Kamera sendiri. So, kat sini saya akan listkan aktiviti beraya kami. sangat OhSEM!
Raya pertama, bersamaan Ahad 19hb August 2012
Sama seperti Raya pada tahun lepas-lepas.. First sekali kami akan bangun pagi raya untuk pergi sembahyang raya. Then semestinya melawat Pusara Atuk & Opah tersayang. Walaupun opah dan atuk sudah lama tinggalkan kami, tapi perasaan yang kehadiran mereka di Aidilfitri amat dirasai.
Rujuk photo dibawah. ^_^'
Gambar terhad : selebihnya akan diupdate ke dalam FB yaw!
- Bersalam- salaman sesama keluarga.
- Memohon jika ada Salah dan silap, harap dimaafkan. Kalau ada salah pasti akan menangis (yeke?) Tapi tahunni saya tak nangis pun. haha!
- Budak budak akan beratur untuk minta duit raya! T___T' (habis duit aku!)
Selepas bersalaman, kami akan bergambar satu Family.. Tahun ini family yang ada hanya pakcik dan makcik sahaja. Paksu & Maknak tak dapat join sebab raya belah mertua. Tapi tetap meriah dengan kehadiran keluarga adik mama, sebab anak dia ramai. hehehe.. yang kering nye kita! Y__Y.. Hambar sebab kami sekeluarga baru je kehilangan Maksu tercinta pada Disember tahun lepas. Rujuk gambar di bawah ;
Gambar terhad : selebihnya akan diupdate ke dalam FB yaw!
Selepas bergambar raya, kami akan beraya ke rumah sedara mara.. Suasana meriah, sebab ramai!! :)
Gambar terhad : selebihnya akan diupdate ke dalam FB yaw!
- Gambar atas ni, rumah Opah di KG Makmor.
- Seperti kebiasaan, opah akan masak banyak sangat makanan.
- Semuanya menyelerakan.. (mana tak big!)
- Gambar tak cantik sebab cahaya..
(pakai hp je)
- Then Beraya di rumah Opah wah yakni adik Arwah Opah sayang.
- Beraya Di Kampung Jamuan.. Tempat aku Dibesarkan!! :')
- Raya Rumah Opah ma & Tok cik pula di Lubuk merbau.
- Tokcik tak sihat dan telah kerahmatullah pada raya ke lima. (al-fatihah)
Ups, banyak sangat gambarnya sampai tak dapat nak letak. Malang sangat tak bau, melainkan malang dalam lift.. pasti bau punya. hehehe.. eh, apa aku merepekni. Tak, sebenarnya kami ada buat Pot Luck RAYA kat office, dan sudah tiba masanya untuk kami bersiap sedia untuk menghidangkan makanan.. Cerita Raya akan disambung nanti. nantikan kemunculannya.. GTG.. tata!! :)
Thank for reading and selamat hari raya maaf zahir & batin dari ain dan keluarga.
Comments
Post a Comment