Skip to main content

Daging masak paprik & Telur goreng cheese

Assalammualaikum, salam sejahtera & salam satu malaysia..

Harini saya just nak share pasal menu berbuka saya semalam. Sejujur jujurnya saya bukanlah seorang master chef yang pandai memasak walaupun buah hati ulam jantung tu suka masakan saya dan Ini bukan pertama kali saya memasak time iftar. ok, straight to the point, actually semalam saya sangat rajin untuk memasak Daging masak paprik dan Telur goreng cheese pula untuk sahur pagi tadi. Menu yang simple dan saya amat suka kannya.

Jadi untuk kesempatan ini, saya nak share sikit resepi kejayaan yang telah saya kecapi semalam. hehehe..
Kelainan yang saya buat untuk masakan kali ini ialah, saya letak Kentang pada menu Daging masak paprik itu. huhuhu.. ^__^'


Bahan-Bahan untuk membuat Daging / Ayam Masak Paprik:

·   ½ ekor ayam / daging - dipotong kecil kecil
·   2 ulas bwg besar – ditumbuk
·   2 ulas bwg putih – ditumbuk
·   1 labu bwg besar hijau – dimayang
·   2 btg serai – dititik
·   2 biji buah tomato - dipotong 4
·   3 biji cili padi – ditumbuk
·   Kentang (dimayang), bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
·   Sos thai, Sos cili, Sos tiram dan Kicap manis & garam secukup rasa

Cara-cara ;

1.  Panaskan kuali, masukkan minyak/mentega. Goreng ayam / daging dan kentang (jgn terlalu garing). Angkat daging/ayam yang dah masak.

2.   Kurangkan minyak / mentega dan masukkan bahan yang dah ditumbuk, kacau sehingga sebati.

3.  Masukkan sos thai, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biar mendidih sekejap dan masukkan sedikit air bersama serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

4.   Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.

5.   Perah limau purut ketika dihidang.  


 
Abang dan isterinya. ^_^

 Gambar yang tidak memuaskan. Tapi! rasa nya. nom nom nom!! (*simpan sahur)

 Ini pula, Telur goreng cheese. Nampak gebu sikit.

Cara buat Telur goreng Cheese.

Kacau telur 2biji + garam + daging yang siap rebus, goreng macam biasa. Masukkan cheese yang dah dipotong ke atas telur yang panas tu. Susun aje ikut suka. Biar cair sekejap dan siap dihidang. :)

 Menu sahur! hehehe.. :)


Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita T V 3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.   so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut? Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butl...