Skip to main content

sex harassment

.hiasan.
 
Topik harini agak hot untuk aku cerita, memang banyak orang dah tahu tentang sex harassment ni.. kan? tapi yang paling orang tak tahu, kebanyakan dilakukan oleh orang kelas atasan, bukan nak tunjuk belang atau nak mengumpat atau sesekali menfitnah, tapi benda memang berlaku kepada sipolan-sipolan yang masih daif tentang perkara ini. Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai ‘apa-apa kenyataan secara lisan, gerak isyarat atau tingkah laku yang bersifat seksual yang tidak disenangi, dilakukan dengan sengaja atau berulang-ulang.' ok, sebenarnya aku tertarik untuk menceritakan tentang seseorang berpangkat tinggi di sesebuah syarikat. memanglah kau bekerja bawah dia, tapi tak bererti dia boleh buat sesuka hati dengan pekerja mereka yang sememangnya makan gaji tu.. ye tak? Entahlah, bukan nak mengutuk orang yang mempunyai pangkat haji atau yang sewaktu dengannya ni. Sebab aku pun bukan orang yang baik sentiasa. Tapi, mengikut apa yang aku tahu, mereka lebih mantap dan expert dengan sex harassment.

Mula-mula, berlakon seperti baik sangat, then psyco dengan kata-kata manis, nak naikkan pangkat, puji memuji. Sedangkan niat utama nya? untuk mengambil kesempatan, terutama pada orang-orang yang daif, yang masih tak kenal erti perkara terlarang. Bukan bermaksud kita tak tahu semua itu, kan benda tu benda peribadi yang agak meluat untuk di share oleh orang sekeliling, terutamanya orang-orang seperti mereka yang berpangkat tinggi, bos / manager. Zaman sekarangni macam dah jadi tren je. Memang, ada yang cakap ia sebenarnya gurauan di pejabat, Oh.. mula-mula gurau? lastly? rosak di tebuk pakcik tua yang dah beruban. Gurau kemana, at the last, memakan diri.. And yes, aku pun memang pernah bekerja di bawah orang macamni. Pangkat tinggi, tapi perangai, macam haram!! Perlu ke kalau bercakap pasal Sex pada waktu pejabat? atau bercakap perkara-perkara peribadi yang sangat menjengkelkan? tolongla wei, sekarang ni zaman millennium, sepatutnya perkara macamni dah tak ada dah, nak kerja buat cara kerja, teruk sangat mentaliti orang sekarangni, yang paling menyedihkan, orang mungkin ada cara untuk elak semua ni berlaku.. itu kita cuba fikirkan.

.hiasan.
 
Apa itu gangguan seksual?
MENGIKUT buku Kod Amalan Gangguan Seksual Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan kepada mangsa. Ia mungkin dilakukan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. 

Jenis gangguan seksual

  • Secara lisan Kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.  
  •  Bukan lisan atau isyarat Gangguan ini kadang-kadang tidak difahami mangsa. Sebagai contoh, pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan.  
  • Visual Gangguan yang boleh dilihat. Pada zaman teknologi maklumat ini, gangguan sebegini paling cepat menular pekerja. Gangguan ini mungkin dalam e-mel, pesanan sistem ringkas (SMS) kepada mangsa. Contoh gangguan visual seperti menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual atau mendedahkan bahagian sulit.  
  • Fizikal Gangguan membabitkan fizikal badan mangsa seperti menyentuh, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan menyerang secara seksual.  
  • Psikologi Gangguan yang mengganggu emosi mangsa. Gangguan ini sukar untuk dibuktikan tetapi memberi kesan yang mendalam kepada mangsa. Contoh, mengulangi jemputan sosial yang tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau bercumbuan. 
Apa yang boleh dilakukan?  
- Katakan TIDAK kepada pelaku. 
Beritahu pelaku perbuatan itu kejam. Jika perkara itu masih berlaku, tulis memo kepadanya supaya memberhentikan perbuatannya dan simpan salinan sebagai bukti. 
- Catatkan setiap kejadian. Tulis tarikh, masa dan tempat kejadian, termasuk maklumat kejadian dan tindak balas anda. Simpan salinan di rumah. Maklumat ini penting untuk tindakan undang-undang.  
- Dapatkan sokongan moral daripada rakan serta ahli keluarga. Dokumen kerja anda. Simpan salinan penilaian prestasi dan memo yang mengandungi rekod kualiti kerja anda. Pelaku yang juga pegawai atasan mungkin akan mempersoalkan prestasi kerja untuk menyokong tindakannya.
- Jangan memendam berseorangan. Dapatkan saksi dan mangsa yang lain. Berdiam diri menyebabkan pelaku meneruskan perbuatannya dan ini akan menyebabkan anda terasing. Anda mungkin bukan yang pertama dan bukan pula satu-satunya mangsa kepada individu itu. Mungkin ada orang lain terima masalah sama. Dapatkan maklumat di sekeliling anda secara sulit dan dapatkan sokongan untuk membuat dakwaan. Dua pertuduhan adalah mustahil untuk dipertikaikan.
- Gunakan saluran dalaman yang ada di tempat kerja. Buat laporan kepada Bahagian Sumber Manusia. Jika anda ahli kepada mana-mana kesatuan sekerja, kemukakan aduan kepada kesatuan itu. 
*sumber -Berita Harian 
So, untuk peringatan diri sendiri, supaya berhati-hati di kemudian hari.. ye dak?? hahaha.. Jangan kita pandang benda tu semua remeh, sekarang ni semua tempat kerja yang ada orang yang berpangkat tinggi dan ada nama ni, memang menyusahkan dan semestinya akan terjadikan gangguan sexual yang semestinya diluar jangkaan kita. Jadi, Kepada pakcik-pakcik yang ada terasa cili boh tu semua, insafla. Rumah kata "blah la wei", kubur pulak kata "mai la sini cik abang oi"... hahahahahhahahaha... Renung-renungkan dan selamat beramal. Sekian, Assalammualaikum..

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita T V 3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.   so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut? Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butl...