Sebenarnya takde idea nak menulis belog usang ni.. tapi sebenar-benarnya aku nak memberi pendapat.. pendapat ini bukan saja untuk aku fikirkan, tapi untuk semua manusia yang hidup dimuka bumi ni. (yang ada kat angkasa macam mana?)
Dan sudah pasti cerita ni tiada kene mengena dengan kisah seharian aku. tapi ceritanya tentang orang yang berada kat sekeliling aku, diceritakan oleh orang dan orang dan terdengar oleh aku.. *apa yang kau merepek ni??.. yer, tak semua orang perfect.. tapi tak juga semua orang mundur. maksud aku macam sesetengah orang, sebok nak kejar dunia, sebok nak fikir pasal "duit", sanggup bergadai, menipu apa sahaja untuk duit.. OH EM G! dan tak sedar orang dok nyampah dengan pe'el dia, yang dia plak macam GoOD-GoOD sebuk jugakla canang crite orang lain.. "eh cik kak, ce tgk punggung awak, dah basuh betul-betul ke?" haish.. ntah, nak kata orang, kadang-kadang sendiripun tak terjaga. hahaha.. tapi tulah, pada sesetengah orang ni, cerita bukan main HOT pasal hidup beliau yang perfect, orang yang mendengar macam percaya. tapi dalam hati? *ya tuhan, menyampahnya aku.. ~refer pada insan tersebut.
Dalam kata lain.. luaran je orang buat buat suka dengan perangai and keambil berat seseorang tu..tapi sebab kan OVER.. jadilah satu dosa kering yang bukan la kering sangat kepada sipulan sipulan tersebut.. ahahaha.. mungkin lebih enak disebut bercerita atau penglipur lara.. haha.. bukan aku nak jadi bizi bodi. cuma nak ingatkan diri sendiri, sesungguhnya sipulan sipulan berkenaan mempunyai hati dan naluri terbatas, dimana beliau tidak suka perkara yang over ni.. memang over pun! haha..
takde point sebenarnya post aku ni. yang nak aku sampaikan pun tak cukup isi.. yang penting aku ingatkan diri aku sendiri... so, sebelum aku syok sendiri cerita pasal hal diri kat orang, baik aku fikir-fikirkan dulu perangai sipulan sipulan tu yang belum tentu dapat menerima atau dapat memberi.. betul tak? dan pada yang agak-agak perangai budget GOoD - GoOd tu.. tak payah GoOd-GoOD sangat yer.. sian kat orang yang menyebar dosa kering tentang hang.. hadoi..
sebelum kita off, tadi aku pergi kenduri kahwin.. aku tertarik dengan Flower girl nye. (adik sedara hayat) comelnye.. jom tengok gambar..taknak tengok sudah :P
Comel sangat.. meh kiss sikit.. hmuaaaachh!!
alololo... :)
RENUNG-RENUNGKAN dan selamat beramal :)
Comments
Post a Comment