tak. tak ada apa yang patut di luah. semuanya sekelip mata. buat apa ingat balik. bodoh.
tak. bukan maksud nya dia tidak mahu berkata-kata. Ia cuma bingkisan masa lalu.
kau perlu hela nafas panjang. pandang ke depan. jangan simpan. luahkan.
tak. ia bukan secebis nafsu. ia bukan mengenai minat. tapi ia keindahan. indah bila ada itu.
tak. nanti, aku lupa dengan janji lagi. seperti kau lupa luahan semalam.
burung gagak hitam yang aku lastik kan untuk kau, dan kita simpan hingga hari ini. hingga ia menjadi bangkai dan kita carik-carikkan sayapnya. kiTa bingkaikan dan simpan dihati.
tak. bukan kita. tapi aku. ya, aku.
harus segera cuba lupakan. tapi terus di ingatkan. walaupun ia menyakitkan. bullshit.
harus cuba berlagak baik dan adil seperti yang lain. tapi dipersendakan. kau hanya berserah?
bijak menyusun kata-kata sehingga buat orang lupa tentang siapa dia sebenarnya.
cuba kita renungkan kembali. kita senyum dan kita tertawa bersama.
adakah ia cukup untuk memuaskan hati semuanya. memuaskan segala niat. jangan bekukan lagi. hanya untuk semua insan yang sentiasa dikeliling kau tanpa kau hirau satu pun.
tak.. bukan semua. tapi aku. ya, aku.
dari aku merapu dan mengeluarkan kata-kata sampah. dan berbicara sendirian tanpa ada insan peduli. dan mengatakan, cinta kau menyakitkan.
lebih baik aku bertenang dan berfikiran lebih rasional. positif sudah. kau faham. aku jua.
hari itu akan datang. aku cuba yakin dengan janji keramat yang tiada satu insan dapat faham.
dan kita akan tenang dari angin jahat dan ribut petir yang mendatang. mungkin.
*senyum bersama aku*
hahaha
Comments
Post a Comment