Skip to main content

kata hati : Urban Legend

today i'm alone at home.. my adik get his result today *wish him luck!
Adik sorang lagi keluar ke Genting..
Aku, Selesai mengemas rumah (sebenarnya belum).. and still belum mandi *kantoi!


Sebenarnya niat hati memang nak mandi dari pagi tadi, di sebabkan cuti dan terlampau leka bermain Internet, sambil mengemas rumah, terlupa nak mandi terus. nak pula bila terbaca pulak kisah seram kat blog-blog. gesh, kaki ni automatik malas nak melangkah ke bilik atas. (penakut)

Sejujurnya aku ada lemah semangat sikit.. kadang-kadang berani tak bertempat. ini semua gara-gara story KARAK  oleh Yusry Abdul Halim (KRU). Bermula dari aku menonton Trillernya, sampai tercari-cari kisah Urban lagend mysteri Valkwagen kuning.. dan terus melarat ke semua kisah tentang highway.. dan yang menyeramkan aku kisah rumah sewa section 2 shah alam.. ^-^'

Kisah Pelajar Uitm Section 2 tu aku tidak pasti Benar atau Rekaan Semata. dan kisah tu lah yang berjaya buat aku rasa Seram.. hoyyeh! nak post kan disini, tapi macam menyeramkan pulak.. kalau rasa-rasa nak baca, nah aku bagi.. rumah sewa berhantu di shah alam .. haish.. Cerita Valkwagen pula, yang pernah aku dengar memang banyak. gangguan demi gangguan.. yang aku boleh share pasal saudara islam aku yang terkena. orang kata kalau terserempak, jangan potong kereta itu ye. saudara islam aku tak silap dia tak potongpun kereta tu... peliknya, kereta itu tetap muncul di hadapan.. sampai keterowong.. walaupun dia tak ikut belakang kereta tu.. kira tukar lane jalan.. wallahualam..

so, untuk simpanan aku, aku sisipkan kisah lebuhraya karak jela.. kisah ini dah lama.. dari aku sekolah rendah mungkin.. sama ada benar atau tidak, cerita inila yang paling femes sampai ke hari ini.. lama tu..
 :)



Pada suatu hari, sepasang suami isteri menyusuri lebuhraya Karak untuk pulang ke kampung. Perjalanan terasa sangat lama dan meletihkan. Mereka bertolak keluar dari rumah selepas waktu zuhur, kini sudah masuk waktu maghrib. Masih di lebuhraya. Perlu berhenti lagi ni, solat dan makan. Meregangkan urat mana yang patut.




google image : terowong




Si suami terasa bagai ada yang tidak kena dengan keretanya. Seakan berat. Alamak, janganlah rosak pula kereta ni. Habis sahaja fikirannya itu, kereta mula tersengguk-sengguk dan pedal minyak tidak boleh ditekan lagi. Ketat. Berbaki pergerakan tayar yang masih berpusing, si suami memberhentikan kereta di tepi lebuhraya.

"Kenapa bang?".
"Entahlah, kereta rosak agaknya. Minyak penuh lagi, tak tahu apa masalah".
"Habis, macam mana ni? Nak call tow truck?".
"Tak payah la, abang pergi tengok sekejap. Ayang jangan keluar kereta tau. Tak kira apa berlaku, jangan keluar!".
"Kenapa bang?".
"Dah gelap ni, bahaya kalau ayang keluar. Lagipun bukannya ayang boleh tolong abang. Hehe..jangan risau, duduk diam-diam dalam kereta. Okay?".
"Okay, tapi better kalau kita call tow truck aje kan..".
"Kalau dengar apa-apa yang pelik, jangan keluar. Tunggu abang kat dalam kereta,sampai abang masuk semula".
"Abang ni buat ayang takut ajelah..".
"Takde apalah, dah..abang nak keluar ni".

Si suami pun menghidupkan lampu suluh di tangan lalu mengucup dahi isterinya. Si isteri hanya melihat penuh kebimbangan ketika suaminya keluar dan menuju ke bahagian depan kereta. Ketika penutup bonet enjin dinaikkan, lenyaplah kelibat suami tersayang. Sunyi saja lebuhraya ketika itu. Mana semua kereta ni? Oh..sekarang bukan waktu cuti. Mungkin sebab itulah lebuhraya lengang. Lagi pula sudah waktu maghrib. Orang pergi sembahyang.

"DUM! DUM! DUUMMM!!!".
"Dummm! Dum! Dum! Dum!!".
Senyap.

Si isteri yang leka melayan fikiran sebentar tadi, kini memegang dadanya. Seakan mahu menahan degupan jantung yang bertalu-talu. Dia terperanjat. Bunyi dentuman di atas kepalanya tadi betul-betul membuatkan dia kecut perut! Apa yang jatuh? Mengenangkan pesanan suami agar terus menunggu di dalam kereta tadi, tangannya tidak jadi untuk membuka pintu kereta.

"Abang! Abang! Okay ke?".

Senyap.


"Abang! Abang! Abang tak apa-apa ke?".

Lima minit berlalu. Masih tiada sahutan dari si suami. Kelibatnya pun tak nampak. Apa yang berlaku sebenarnya? Hon ditekan berkali-kali. Namun masih tiada reaksi dari si suami.

"Serrrr....sreeiitt....serrr....".

Bunyi geseran betul-betul di atas kepala si isteri. Apa pula kali ni? Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta di 'lane' bersebelahan menghampiri dan terus berlalu! Ah..jika sempat pasti ku lambai untuk minta tolong. Detik hati si isteri dalam cemas.

"Pon! Pon!"

Ada sebuah kereta lagi melewati kereta pasangan itu. Namun kali ini pemandu kereta Wira berwarna kelabu itu perlahan-lahan berhenti di cermin pemandu dan menunjukkan tangannya ke atas. Ke arah bumbung kereta pasangan suami isteri itu. Ada apa? Bukannya aku nampak. Getus si isteri. Dan kereta Wira kelabu itu pun berlalu.
"Dum! Dum! Dum! Dum! Dum! Dum! Dum! Dum!"

Bunyi berdentum-dentum tadi kembali dari atas bumbung. Kali ini bertalu-talu bunyinya. Berterusan dan sedikit perlahan dari tadi.
Sepuluh minit berlalu seakan berjam-jam rasanya. Si isteri mengeluarkan handphone untuk cuma menghubungi si suami di luar. Yang tak masuk-masuk dari tadi. Ya Allah..tiada coverage pula!

"Pon! Pon!"

Siapa pula yang picit hon kali ini? Apa sahajalah yang tak kena. Beberapa meter di hadapan kereta pasangan suami dan isteri yang rosak itu, ada dua buah kereta peronda lebuhraya. Mereka yang bunyikan hon sebentar tadi rupanya.

"Puan! Boleh dengar ke? Jika boleh dengar, kami ingin Puan keluar dari kereta secepat mungkin. Dan JANGAN PANDANG ke belakang lagi. Sila jalan menuju ke arah kereta peronda ini. Puan! Kami datang untuk membantu, dan kami minta Puan keluar segera dari kereta itu!".

Si isteri berasa pelik. Mengapa nak suruh aku keluar dan jangan pandang belakang pula? Tapi suami aku kata jangan keluar. Macam mana ni? Namun gerak hati mengatakan yang dia perlu segera keluar dari kereta itu. Bagai ada yang tidak kena kerana suaminya tidak menyahut panggilannya tadi. Dengan pantas, si isteri mencapai tas tangannya dan membuka kunci pintu kereta. Selepas pintu dibuka, dia berlari anak ke arah kereta peronda tersebut. Dua langkah sebelum tiba ke kereta peronda pertama, si isteri berpaling ke belakang. 

Dia melihat badan suaminya rebah di hadapan kereta. Dan kepala suaminya sedang dilantun-lantunkan oleh 'sesuatu' di atas bumbung kereta mereka. 

"Dum! Dum! Dum! Dum! Dum! Dum!.......". 

Semakin sayup kedengaran bunyi berdentum itu. Si isteri pengsan.




cerita ini macam terlalu meleret, sebenarnya orang dulu-dulu cerita, isterinya pengsan dan bangun keesokan harinya bila ada peronda datang. dan suami nya mati dalam keadaan mengerikan.

benar atau tidak, Allah sahaja yang tahu.. apa yang kita perlu ingat, bertawakal dan jangan sesekali lupa akan perintahnya. akupun kadang terleka dengan nikmat dunia.. kalau balik kampung tu sebolehnya elakkan lalu jalan lama.. ada jalan baru terang sikitkan? yang penting jangan terlalu pecut laju.. sebab di lebuhraya karak tu sangat suram..




google image : suram kan? penuh dengan kabus



bak kata Dato' Fadzilah Kamsah "hantu itu tidak wujud, yang wujud hanyalah jin dan syaitan yang cuba sedaya upaya untuk menyesatkan manusia."

renung-renungkan, dan selamat beramal. pesanan khidmat masyarakat..
:)

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita T V 3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.   so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut? Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butl...