Skip to main content

seindah khayalan

ku lihat kegembiraan manusia sekeliling, aman ku rasa,
ku tatap keharmonian setiap insan..
kadang ku terfikir, merehatkan otakku untuk berfikir lebih rasional.
sesetengah orang yang hidup dengan mengaibkan insan lain..
sangat menarik..
bagaimana dia hidup?
senantiasa berlegar-legar dalam kepura-puraan. 

kadang nafsu syaitan memaksa aku bertindak luar jangkaan,
tapi aku masih mempunyai ramai penenang hati.
peneman sejati.. yang bisa meruntuhkan nafsu syaitan itu.
hayat sering berpesan pada aku, untuk lebih bersabar,
diam bukan bererti kalah..
senyuman lebih penting dari hati yang buruk.

mengeluh sendiri..
aku redha, setiap nafas ku, nafas yang baik.
sekurang-kurangnya aku tidak dibelenggu hati busuk insan lain.
tenang bila difikirkan kembali saat kegemilangan,
perit dirasai, bila mengenangkan kisah pahit.

apapun,
apa yang kita ada sudah memadai dari apa yang tidak. bukan?
aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kesabaran.
aku tidak suka mengaibkan orang,
maaf jika aku pernah, sejujurnya, aku tidak berniat.
walaupun insan itu musuh ketat aku..
walaupun aku lagi buruk dari apapun.

hidup lebih indah jika kita memikirkan tentang perjalanan hidup kita
bukan untuk menghancurkan insan lain.
past is past, masa depan adalah satu harapan
aku tidak berani menyesal, tidak sesekali menyesal.
apa yang aku sisipkan,
tiada makna yang bisa menusuk dada sesiapa
jika kau terasa, maafkan aku.

kita insan biasa, tidak lari dari mala petaka~

cebisan kata-kata dari sang penanti.
assalammualaikum

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !

Assalammualaikum, salam sejahtera, & salam satu Malaysia.  Actually, dalam sejarah hidup dan dalam seumur kehidupanku, ini first time saya joi SEGMEN macamni, entah tak tau kenapa harini tiba-tiba teringat seorang member bagitau pasal mende alahni, kata dia, kalau kita rajin berblog & bersegmen, kemungkinan rating Blog kita akan naik.. insyaallah. itu yang orang cakap, saya tak cakap apa apa pun. kui kui kui.. So, tadi hakak, ada singgah blog Mizz Wenn Comel ni. and ternampak pula yang cik ween ada buat segmen hot hot gitu..Saja cuba nasib, mana tau follower jadi ramai lepas ni.. kan? hehe.. so, kalau u'oll nak meramaikan lagi follower u'oll dibulan ramadhan ni, apa lagi, Jom klik banner bawahni dan join! :) check it out!! KLIK BANNER UNTUK JOIN! due date Segmen ni pada - 6 September 2012..  so jangan lepaskan peluang untuk join yer. ^_^' ♥TERIMA KASIH DAUN KELADI, KLIK LIKE JIKA SUDI♥

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita T V 3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.   so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut? Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butl...