tak. tak ada apa yang patut di luah. semuanya sekelip mata. buat apa ingat balik. bodoh. tak. bukan maksud nya dia tidak mahu berkata-kata. Ia cuma bingkisan masa lalu. kau perlu hela nafas panjang. pandang ke depan. jangan simpan. luahkan. tak. ia bukan secebis nafsu. ia bukan mengenai minat. tapi ia keindahan. indah bila ada itu. tak. nanti, aku lupa dengan janji lagi. seperti kau lupa luahan semalam. burung gagak hitam yang aku lastik kan untuk kau, dan kita simpan hingga hari ini. hingga ia menjadi bangkai dan kita carik-carikkan sayapnya. kiTa bingkaikan dan simpan dihati. tak. bukan kita. tapi aku. ya, aku. harus segera cuba lupakan. tapi terus di ingatkan. walaupun ia menyakitkan. bullshit. harus cuba berlagak baik dan adil seperti yang lain. tapi dipersendakan. kau hanya berserah? bijak menyusun kata-kata sehingga buat orang lupa tentang siapa dia sebenarnya. cuba kita renungkan kembali. kita senyum dan kita tertawa bersama. adakah ia cukup untuk memuas...