ku lihat kegembiraan manusia sekeliling, aman ku rasa, ku tatap keharmonian setiap insan.. kadang ku terfikir, merehatkan otakku untuk berfikir lebih rasional. sesetengah orang yang hidup dengan mengaibkan insan lain.. sangat menarik.. bagaimana dia hidup? senantiasa berlegar-legar dalam kepura-puraan. kadang nafsu syaitan memaksa aku bertindak luar jangkaan, tapi aku masih mempunyai ramai penenang hati. peneman sejati.. yang bisa meruntuhkan nafsu syaitan itu. hayat sering berpesan pada aku, untuk lebih bersabar, diam bukan bererti kalah.. senyuman lebih penting dari hati yang buruk. mengeluh sendiri.. aku redha, setiap nafas ku, nafas yang baik. sekurang-kurangnya aku tidak dibelenggu hati busuk insan lain. tenang bila difikirkan kembali saat kegemilangan, perit dirasai, bila mengenangkan kisah pahit. apapun, apa yang kita ada sudah memadai dari apa yang tidak. bukan? aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kesabaran. aku tidak suka mengaibkan orang, maaf jika a...