Assalammualaikum, Aku, aku pernah kehilangan.. kehilangan insan yang amat kusayang, yang menjaga ku dari kecil sehingga akhir usianya. Namun waktu itu aku masih budak. Tetapi sekali lagi aku kehilangan insan yang menjadi ketua keluarga kami. Yang kurang aku menghabiskan masa bersama, tapi kami amat sayang padanya. Saat dia ada, aku tidak menghargai, tidak sentiasa meluangkan waktu bersama, aku masih ingat pesannya untuk makan bersama satu keluarga. Dia sentiasa berpesan untuk mengutamakan ahli keluarga sebelum kawan. Dia sentiasa cuba memahami kami, namun sedikit pun kami tidak peduli. kami sentiasa leka dengan dunia tanpa kami sedar bahawa beliau sedang menahan sakit. Dalam setiap senyum.. Wahai ayah, aku berdosa padamu. aku tidak mahu meratap ketika ketiadaanmu. kau pun pasti ketawa jika mengetahui aku menulis perkara bodoh ini.. tak ianya bukan bodoh. ianya ikhlas dari hati. kami, ya kami, terlalu sombong, sombong untuk membuat kau ketawa, sombong ketika kau bertungkus lumu...